Iman Pada Hari Kiamat

Maret 31, 2008 at 1:59 am (Islam) ()

Beriman dengan hari kiamat ada 2 cara:

1) Beriman dengan secara ijmali(umum), iaitu wajib kita percaya dan
iktiqad bahawasanya segala barang yang atau perkara yang akan berjumpa
yakni seseorang itu akan merasai selepas mati. Di masa di dalam kubur
sehingga masuk ahli syurga ke dalam syurga dan masuk ahli neraka ke
dalam neraka. Sepertimana yang dikhabarkan dan yang diceritakan oleh
Nabi Muhammad saw sekeliannya benar dan tetap akan berlaku.

2) Beriman dengan secara tafsili(terperinci), iaitu wajib kita percaya
dan iktiqad atau percaya dan ketahui bahawasanya permulaan barang yang
dijumpai dan didapati oleh seseorang di masa di dalam kubur daripada
nikmat atau azab dari Allah swt. Maka mendapatlah oleh orang yang
beriman atau mukmin yang taat itu akan kesenangan, nikmat dan diluaskan
serta diterangkan kuburnya. Dan mendapatlah oleh orang yang kafir dan
mukmin yang derhaka akan azab dan seksa. Gelap kubur dan disempitkan
kuburnya sehingga berselisih tulang rusuknya.

i) Wajib kita percaya dan ketahui bahawasanya lagi akan ada
soalan-soalan daripada Mungkar dan Nakir kemudian daripada mati masa
didalam kubur melainkan beberapa orang yang dikecualikan. Setengah
daripadanya ialah orang yang mati syahid. Orang yang mati di masa atau
pada hari Jumaat. Orang yang sentiasa membaca surah al-Ikhlas di masa
sakit matinya dan lain-lain.

Mereka akan menyoal: Siapa Tuhanmu? Siapa nabimu? Siapa imammu? Apakah
kiblatmu? dan siapakah saudaramu? Mungkar dan Nakir ini seperti yang
tersebut di dalam hadis tubuhnya hitam seperti periuk tembaga. Biru dua
matanya, dan pada satu riwayat matanya seperti kilat yang menyambar.
Suara keduanya seperti guruh, apabila menyoal keduanya akan mayat yang
derhaka keluar daripada mulut keduanya seperti api, pada tangan keduanya
ada pemukul daripada besi, jika dipukul dengan dia akan bukit nescaya
hancur akan ia, menjerkah atau mengherdik keduanya akan orang kafir atau
munafik atau orang fasik. Jika tidak kuasa menjawab pertanyaan keduanya
maka memukul keduanya dengan pemukul daripada besi itu dan disempitkan
kuburnya dan dibukakan satu pintu daripada neraka menerusi kuburnya.
Bertiuplah angin neraka ke dalam kuburnya sehingga hari kiamat.

Dan jika bertanya keduanya akan orang mukmin yang taat, maka datang
keduanya dengan rupa yang sangat elok, baik paras rupanya, dan
pakaiannya sangat cantik dengan suara yang lemah lembut. Apabila boleh
menjawab pertanyaan keduanya, maka berkata keduanya pada mayat,”
Tidurlah kamu seperti tidur pengantin”. Dan diluaskan kuburnya, dan
dibukakan satu pintu daripada pintu syurga menerusi kuburnya. Bertiuplah
angin syurga ke kuburnya sehingga hari kiamat.

Baca artikel di:

http://rahsiailmu.blogspot.com

Tulis sebuah Komentar